PING

Thursday, 6 November 2014

saya nak jadi bahlul (BAHLOUL)


Ehh!! apasal nak jadi bahlul?ironisnya...jika di panggil atau di gelar dengan perkataan bahlul,dalam fikiran dah tergambar diri tu macam vodoh atau vengap dan yang sewaktu dengannya,bila kena gelar atau kena panggil cenggitu,kompom hangin satu badan,silap-silap boleh bertumbuk,Perkataan bahlul ni sebenarnya dah berzaman dah di gunakan,kalau tak percaya,cer tegok cerita lakonan Allahyarham tan sri P.Ramlee,ada jer dialog perkataan bahlul tu di gunakan... 
Tapi sebenarnya ada satu nama tokoh agama yang mungkin kita biasa sebut tapi tidak pernah dengar,kalau anda semua ingin tahu, ada seorang wali Allah yang mahsyur bernama Mohamad Al Bahloul. Beliau adalah abang kepada Sultan Harun Al Rasyid, iaitu salah seorang daripada khalifah pada zaman pemerintahan Islam satu masa dulu.  Mungkin datuk moyang kita dahulu guna perkataan bahlul  tu bersempena nama wali Allah ni,harapan agar anak cucu tu boleh jadi seperti beliau..
Sebab tu kalau boleh saya nak jadi seperti beliau...mudah-mudahan..




Ini video tentang lawatan sekumpulan ahli rombongan daripada Singapura ke makam  Mohamad Al-Bahloul ini di Syria.

No comments:

Post a Comment