pengalaman pertama ber "jamboree"
Ni nak kongsi pengalaman pertama masuk event ala-ala jamboree,bertempat di kuala sungai baru melaka,tarikh 9 nov 2014,ni adalah pengalaman pertama saya setelah hampir 7bulan menceburi dunia basikal MTB,seawal jam 4 pagi saya dah bangun,sebab kena pergi ke rumah cikgu helmi,nak ikat basikal atas rack thule,selama ni dok tengok je basikal berdiri atas bumbung kereta,hehehe... kebetulan pulak hujan kan main lebat lagi,naikkan kan jugak beskal tu dalam hujan-hujan petus tu,semangat punya pasal
Kemudian singgah solat subuh kat masjid mitc,selepas subuh bertolak ke kuala sungai baru,sampai lebih kurang jam 7 pagi,minum ringan-ringan je..kang takut mengah masa kayuh kang,sebelum kuar rumah dah pekena 3 gem supplement dulu,bagi boster sket energy,
pas minum terus daftar amik plate
dapat no 0055,cikgu helmi no 0054,baiklah dalam jam 7 lebih hampir ke pukul 8 hujan berenti,dan semua peserta di arahkan untuk ke tempat pelepasan,pserta yang terlibat dalam anggaran 3++ orang.
walaupun sekadar HASH ride,masa nak mula tu,macam rasa ada,excited ada,norvous ader..hehehe...maklumlah masih lagi newbies al bunga kubisss...bila berlepas je,kan main berdesup-desup masing-masing,macam nak bege"race" bak kata orang..hehe..layankan je.. kita kayuh cadance je,kasi warm up dulu,track agar mencabar gak,tapi bagi yg pro,mungkin sebelah mata je kot track ni..saya x pernah pergi mana-mana jamboree,so x tahu lah nak bagi berapa point kat track ni,tapi seba hujan lebat malam tu,jalan jadi lecak dan licin,tapi seronok giler,masa tiba check point,petugas sebut saya yang ke 16,macam x sangka je...terus je kayuh...x sabar nak tamatkan race...dah kotor bolor,berlumpur,macam kerbau berkubang!! cabaran terakhir ada satu bukit agak tinggi,saya selisih dengan 3 biji basikal,katanya tinggi sangat,diorang patah balik dan ikut jalan pekan kula kot..saya go on je dan berjaya mendaki bukit tersebut dan berlokasi di tangki air belakang stesen jana kuasa power tech,telok gong.masuk jer on road dalam jarak anggaran 2km,dapat potong lagi 3 rider sampai ke garisan penamat,dan crew cakap 10! entah ye atau tidak entahlah..sebab bukan ada ranking and hadiah pun..hehehe
Kan main comot kuda besi ni,dekat 2 jam gak lah nak membersihkan dia ni..apa pun pengalaman yang bermakna bagi saya,selepas ni ada lagi 3 event yang saya akan sertai 22 nov 2014 di tampin,29 november 2014 metro race,asahan dan 13 disember 2014 alor gajah. tungguuuuuu....
No comments:
Post a Comment