PING

Saturday, 11 October 2014

KALAU;boleh mendatangkan stress

Pagi ni terbaca satu artikel dalam ruangan bicara remaja.com (utusan malaysia) saya amat bersetuju dengan apa yg di komentarkan dalam artikel ni di bawah tajuk "Hindari penyakit KALAU"..
Penulis mengutarakan kebanyakkan rakyat kita yg berbangsa melayu terutamanya remaja.. Bagi mereka,masa muda adalah masa untuk berehat,enjoy dan tidak perlu memikirkan hal yg boleh di katakan agak  berat seperti keluarga,mencari wang dan sebagainya..
Ada yg beranggapan,bila umur di penghujung 20'an keatas barulah masa utk memikirkan semua ini...apabila umur makin meningkat,dan di tambah dgn keadaan bekeluarga...secara x langsung tugas dan tanggung jawab bertambah...masa ni baru timbul kesedaran,di mana tanggung jawab yg perlu dilakukan semakin bertambah...di ketika itu lah baru timbul situasi ini.. "kalaulah aku tahu macam ni" atau "kalaulah aku buat masa muda dulu". Bila wujudnya situasi ini perkataan "kalau" mula menghantui dan membelenggu diri,mula rasa banyak yg kurang dan mula rasa betapa masa itu sangat pendek,tak cukup masa dan banyak kekesalan yg akhirnya mempengaruhi minda dan fikiran..
oleh yg demikian,sememangnya masa muda adalah satu masa yang sangat genting dan masa  untuk kita beusaha..

Apa Kita Nak Buat??

1.perlu perancangan

- Perlu ada perancangan,rancanglah perjalanan hidup,tanamkan azam dan cita-cita,Setiap matlamat perlu jelas dan spesifik,agar kita tahu apa yg kita perlu dan akan buat seperti mewujudkan vision board (papan wawasan)


2.perlu bekorban

- Bekorban?apa yg perlu kita korbankan? banyak benda yg perlu kita korbankan sekiranya ingin berjaya dan hidup yang berkualiti di masa hadapan kerana jatuh bangun dalam perjalanan kehidupan kebanyakkannya memakan masa yang panjang,jika lewat kita bermula,tahu-tahu nanti banyak tanggung-jawab yang bakal menanti...maka berkorbanlah...kurangkan masa bersuka ria dan enjoy... fokus dan cari kekuatan diri untuk bekalan di masa hadapan, carilah sesuatu yg boleh memberi inspirasi kepada diri..

Kunci yang paling utama adalah diri kita sendiri,hanya kita sahaja yang boleh menentukan hala tuju kita dalam kehidupan sama ada berjaya atau tidak... ingat..musuh yang paling utama untuk berjaya adalah DIRI KITA SENDIRI!! 




 

No comments:

Post a Comment