PING

Monday, 20 October 2014

NASI GUNTING pasar besar melaka

Selain dari masak asam pedas,ada satu lagi menu masakan yang agak terkenal dan familiar bagi masyarakat setempat di sekitar melaka iaitu nasi gunting HJ AWAL.lokasi adalah tingkat satu di pasar besar melaka bersebelahan dengan stesen pengangkutan bersepadu MELAKA SENTRAL
Nama "nasi gunting" in agak unik sedikit... Ia merupakan perniagaan turun temurun keluarga haji Awal iaitu dari arwah bapanya hj juki..sekitar tahun 80'an lokasi kedai ini adalah bersebelahan kedai-kedai baju di KAMPUNG JAWA (tempat jualan baju yg terkenal pada masa ni) kemudian,ia berpindah ke Pasar besar di Jalan Kilang besebelahan dengan kampung di dalam bandar iaitu Kampung Morten dan berpindah lagi ke lokasi sekarang..  Tempat lain x jumpa oooo...


NASI GUNTING???

Bila sebut je nasi gunting,sudah pasti ada yang membayangkan nasi yang di gunting kan?? Tapi sebenarnya,yang di gunting adalah Lauknya,bukan nasinya...hehehe

Apa yang Istimewa nya nasi gunting ini??

Ia di masak dengan rempah tertentu dan khas di datangkan dari tanah seberang.. Ia adalah rahsia sulit..so hanya waris sahaja yang mengetahui rempah ratus yang di gunakan..Bahan utamanya adalah terdiri dari organ lembu yang segar seperti limpa,paru,usus,perut kitab dan daging...Rasa kuahnya yang sememangnya sedap dan lazat serta aroma yang harum meningkatkan lagi selera makan..




Bagi yang belum pernah mencubanya,saya cadangkan anda merasainya sekali... waktu perniagaan adalah 8.30 pagi hingga petang.. Selalunya x sampai petang pun,habis awal daa....
Rasanya makan ni agak berkolestrol sedikit,tapi x pe...sebelum anda makan seeloknya anda ambil phytocol bagi mengawal kadar kolestrol dalam badan anda,makan,makan juga...walaubagaimana pun kesihatan jangan di abaikan...
Okeylah...semoga berjumpa lagi di lain entri... Daaaa...

3 comments:

  1. ade ke kite ni bygkn nasinya yg digunting..hahahaha

    ReplyDelete
  2. hehehe...mesti orang lain yang x tahu pun fikir macam tu..

    ReplyDelete