PING

Tuesday, 14 October 2014

helah untuk kawal selera makan

Bagi seseorang yang sudah terbiasa makan dalam kuantiti yang banyak,suka makan makanan ringan dan manis,kebiasaanya akan menghadapi kesukaran untuk mengawal nafsu makan.Terutama dalam keadaan mereka yang melakukan kerja yang tidak banyak memerlukan pergerakan,menghadap komputer..sudah pasti dalam fikiran akan sentiasa mereka dan mencari apa yang hendak di kunyah bagi menghilangkan kebosanan dan perasaan mengantuk...
Bagi yang baru atau yang sedang memasuki fasa untuk menurunkan berat badan atau berdiet..sudah pasti akan cuba untuk mengawal dan mengurangkan nafsu makan.. bagaimana caranya??

1.Minum Air Kosong

Kebanyakkan daripada kita,sedar atau tidak,masih lagi tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi,oleh yang demikian,secara selamatnya,sentiasa menyediakan air putih jika terasa lapar.
 Adakala,walaupun kita sudah makan dengan makanan yang cukup,kadang kala kita akan terasa ingin makan lagi,so segeralah kita isi perut kita tu dengan segelas air, In Shaa Allah,rasa nak makn tadi akan hilang..selain tu badan kita sememangnya amat memerlukan air setidak-tidaknya 3liter sehari



2.Makan Dengan Teratur

Cuba wujudkan jadual atau jeda masa makan secara  teratur,biar kerap makan tapi dalam kuantiti yang sedikit,dari jumlah kekerapan makan yang kurang tapi makan makanan yang membukit!
Nak lagi cantik,cuba cari maklumat makanan dan jumlah kalori yang bersesuaian dengan anda.. Google je...kompom ada maklumat yang berguna dalam tu...



3.Motivasi Diri

Sentiasa tetapkan pemikiran dan sentiasa berfikiran positif,Gunakan pendekatan seperti nota kecil,"aku nak kurus" atau "ingat!!! aku kena jaga makan untuk kurus" kemudian tampal di cermin  meja solek,di pintu peti ais dan di meja kerja..

No comments:

Post a Comment