PING

Thursday, 16 October 2014

tanda-tanda majikan tidak memerlukan perkhidmatan pekerja

Selama sepuluh tahun lebih saya bekerja di salah sebuah kilang yang agak ramai pekerja,kemudian di ambil alih oleh syarikat lain... suasana kerja dan budaya kerja berubah sedikit demi sedikit...tenaga kerja pun mungkin lama makin di kurangkan dengan alasan mengoptimumkan keuntungan...tapi di sebalik alasan yang di berikan sebenarnya ia merancang untuk memindahkan operasi ke kilang asal...mana mungkin satu kilang ada 2 di satu negara..dah tak relevan lagi...so strategi yg di gunakan ialah :-

mengurangkan man power dalam satu area

Maksudnya,seadainya satu production floor sebelum ini memerlukan 15 org pekerja,mereka akan kurangkan kepada 12 org,dan beban kerja akan teragih kepada baki pekerja,dan juruteknik sepatutnya 4 orang di kurangkan kepada 2 orang... tugasan di tambah lagi selain dari tugasan yg sedia ada di tinggalkan oleh 2 orang yg telah di tukarkan ke tempat lain

memberi tekanan lebih kepada orang yg hendak di berhentikan

Kebiasaan,mereka yg berpretasi rendah dan sederhana di samping kemahiran yg biasa-biasa,golongan ini akan di calonkan untk di tukarkan ke bahagian lain,dan mereka ini kan selalu di tukar-tukar sehingga individu ini membuat keputusan untuk berhenti dengan sendiri...

Ada banyak lagi cara halus yg mereka cipta..bila sampai waktu yg di tetapkan contohnya nak tutup kilang..meraka tidak perlu untuk membayar pampasan kepada ramai pekerja kerana pada masa itu telah ramai berhenti dengan paksa rela..
Itulah sebenarnya sedang berlaku..


No comments:

Post a Comment