pertama kali naik kapal terbang!!
Pengalaman pertama saya melancong ke luar Negara dengan menaiki pesawat ialah ke Negara Vietnam..itu pun wife yg uruskan..saya pergi berenam, bersama ipar dan saudara terdekat..anak-anak tinggal rumah je...hehehe..
1st time naik kapal terbang...jantung kan main laju lg...dalam kepala ni toksah cakap la...macam-macam terlintas dalam fikiran..time tu lah teringat air crash investigation kat astro tu... masa nak berlepas...macam-macam doa saya baca...silap-silap doa makan pun termasuk skali kot..hahaha.. rupanya mmg best rasanya masa kapal terbang berlepas dan landing... tapi yg saya perasan rasanya mcm naik speed boat nak g pulau undan memancing...ada gak penumpang yg muntah sebab mabuk kot..so x salah la saya rasa mmg ianya ada rasa macam naik bot...biasa member akan muntah masa naik bot ni...hehehe...kat sana orang perempuan suka lah datang sini..syurga memborong pakaian dan kain-kain....
lagi mengikut pemerhatian saya kat ho chi minh ni..x jumpa pun orang yg betul-betul obes...kebanyakkan slim jer... ini mungkin di pengaruhi oleh pemakanan mereka yg lebih kepada ala-ala sup,rebus-rebus dan salai selain itu kebanyakkan orang tempatan berbasikal untuk bergerak ke satu tempat...
yang betul-betul buat saya takkan lupa trip ke Vietnam ni ialah... dah la 1st time naik kapal terbang..pastu masa saya balik ke Malaysia, besoknya kapal terbang mas MH370 hilang!!! berderau darah...kalau la ia hilang sebelum pergi..mau 100 kali fikir..nak pergi ke tak hehehe
No comments:
Post a Comment