PING

Tuesday, 16 September 2014

Anak hantu itu aku!!!

23 july 1979 adalah hari kelahiran aku... Tempat kelahiran aku di kg pengkalan minyak,air molek,melaka.. Hobi aku memancing dan hobi terkini,kayuh basikal.Nama penuh,mohammad nasir bin hussin, nama mak,Yah bte kalil,nama abah,Hussin bin hj Hashim..gelaran abah yg top adalah hussin hantu...(kalau tahun 80an dulu,pergi je teksi stand n tanya nama glamour tu..semua drebar kat situ kenal)
Aku anak yg pertama tapi bukan yg pertama ...mcm mana tu erk?yelah mak aku merupakan isteri yg ketiga arwah abah... Walau pun seorang pemandu teksi...masih mampu  buka 3  cawangan...hehe... Tapi hari2 aku berdoa..agar aku x bukak cawangan mcm abah...macam2 pengalaman aku dah lalui... 17 adik-beradik dgn 3 ibu...
Adik beradik seibu seayah ada 4 org,3lelaki 1perempuan...satu keluarga yg agak besar,mak dengan mak tiriku yg ke 2 tinggal satu kampung..secara x langsung aku agak rapat dengan adik beradik...terutama yg lelaki..umur semua hampir sebaya... Perwatakan abah yg agak garang dan baran sedikit sebanyak ada beri pengaruh kami adik beradik..bermula dari zaman kanak-kanak kami berempat (masa tu saya yg paling muda) akan bergerak bersama...ada je projek...ada je huru hara yg bakal berlaku setiap hari...dari kes mencuri (biasanya buah2an),bertumbuk dan mcm2 lg la..kalau nak buat buku dah keh kategori novel ni...pendek kata..memang dah terkenal kat kampung pengkalan minyak tu...bila abah dapat aduan..mesti kita orang berempat kena sesah..walau seorang je yg buat onar..hehe... Sebab tu lah kami berempat di gelar anak hantu...ada atuk-atuk masa tu cakap,korang ni mmg mcm bapak kau  je perangainya,hehe...cikgu-cikgu sekolah rendah pun naik kenal...
Kalau aktiviti lasak ala-ala kampung ni,toksah cakap la..mmg biasa buat,tangkap ikan,mandi sungai,lastik burung,memang best giler bila terkenang balik saat-saat ini...rasa nak kecik semula...lalu sekali lg zaman tu...
Biasa bila cuti sekolah dan sabtu ahad kami akan di kenakan kerahan tenaga..ikut abah beli barang2 barang lusuh..buat tambah-tambah pendapatan keluarga..masa aku sekolah dalam tingkatan 4,abah telah pergi menghadap ilahi..satu insiden pahit yg akan aku kenang sampai aku mati..iaitu aku adik beradik di halau dari umah dengan alasan..mak aku tiada hak ke atas rumah yg aku duduk masa tu...sebab rumah tu di bina diatas nama arwah datukku..oleh kerana mak aku isteri ke 3,bapa saudara aku tu bersuara pada malam selepas pengkebumian di lakukan..Ahh...malas nak citer bab ni...jadi panas lak hati....jap ehh.... Tarikkkkkk.....lepassss....tarikkkk.... Lepas.....senamamn jap..hehe....masa 2tahun ni...aku seakan memberontak dan mula liar2..join lumba motor,melepak,join joget lambak...his...teruk gak masa tu...
Di pendekkan cerita,aku tamat form5 dengan SPM pangkat 1 dan aku berjaya masuk ke itm shah alam dalam pengajian diploma kejuruteraan  mekanikal..walaupun masa kat sekolah menengah aku amik aliran sastera... Redah je masa tu...lg satu episod yg agak penting...aku gagal tamatkan pengajian..pada semester 4..aku gagal subjek mate buat kali ke 3..keputusan yg mmg dijangkakan..semua adalah salah aku jugak..memilih kawan yg suka enjoy...ada yg kata tu culture shock... Betul kot..aku x langsung tumpukan perhatian..akhirnya aku gagal...oleh kerana malu di tambah dengan sedikit kesedaran selepas gagal..aku terus memohon masuk ke politeknik,kali ini aku berjaya naik kepentas dengan segulung diploma,semasa aku di poli ni...aku kembali semula dengan cara hidup aku masa sebelum ke shah alam..aku x nak buang masa dengan sia-sia...setiap sabtu dan ahad serta cuti semester, aku akan bekerja sebagai buruh kasar(pasang atap genting) di samping buat tugasan akedemik
Pada tahun 2004,14 Feb,bermulah episod baru lagi,sebagai pekerja di salah satu syarikat perindustrian yg mempunyai nama yg gah..pada 19/11/2005 aku mengakhiri zaman bujang ku,aku berkahwin dengan sorang minah jolobu.kemudian aku dianugerahkan anak perempuan yg pertama pada 27/12/2006 (nur atiqah huda),pada 3/9/2008 anak kedua(nur alya amani) dan pada 12/2/2010 di anugerahkan anak kembar lelaki (hafiz zakwan/hadif zafran) Alhamdulillah...Hingga ke hari ini aku masih lagi bekerja di tempat yg sama... CUMA!!!Sekarang aku mempunyai satu misi dan visi.... iaitu menjadi seorang master dalam bisnes MLM shaklee..dalam masa 3 tahun yg akan datang.. Mulai dari sekarang..aku tekad utk terus bergerak kehadapan dan terus maju...Inn sha Allah usaha dan bertawakkal..jika org boleh..kenapa aku x boleh?!
 Harap2 kawan di luar dapat mendoakan kejayaan saya...hingga jumpa lagi...daa

3 comments:

  1. apasal ada anak angkat kat situ nasir, hahaha

    ReplyDelete
  2. mandi sungai..naik atas pokok lompat dlm sungai. best tu....tp skrg kalau buat tsunami.hahaha

    ReplyDelete
  3. ntah sape bapak budak ni...merayap je..amik kang!
    bukan kata tsunami ainul,mahu hilang melaka dalam peta..hehe...

    ReplyDelete