PING

Wednesday, 17 September 2014

tempat makan best di melaka


 Ini adalah cabaran hari ke 3 menulis entri di bawah tajuk "tempat makan best"
 kalau datang melaka...tempat makan yg selalu di sebut-sebut ialah masak asam dan ikan bakar. Oleh sebab saya memang suka makan malam,saya utarakan tempat yg happening makan pada waktu malam...hehehe

Medan ikan bakar ada banyak lokasi pilihan

1-Medan Ikan Bakar umbai

Memang dah lama top dah tempat ni,tapi bagi orang tempatan...dah x layan sangat..hehe..kat situ ada 2 tempat bersebelahan..nak lebih romantik boleh pergi ke medan ikan makan terapung umbai tu...



2-medan ikan bakar muara sg duyung


3-medan ikan bakar anjung batu

4-medan ikan bakar serkam

 Bagi saya,kesemua tempat ni mmg menyediakan hidangan yg lazat dan enak... Dulu baru lepas kahwin saya ,kalau pergi ke sana dengan keluarga sebelah wife...segala macam order,dari ikan,ketam,sotong,udang dan yg bercengkerang...tapi saya leh tengok jelah..sebab udang ngn ketam memang pantang bagi saya..kalau saya makan kompom gatal dalam paru-paru dan dalam tekak...hooo macam mana nak garu erk...selain tu makanan seafood ni kebiasaannya mempunyai kadar kolestrol yg boleh tahan tingginya..nak nak masak or goreng butter..mmg mencanak-canak naik kolestrol tu...hehehe...semua leh settle kalau kita selalu amalkan memakan kapsul pemotong kolestrol . Sekarang saya dah leh sebat je semua tu,ni lah masa untuk balas dendam...tapi sebelum tu kna lah mantapkan dulu ketahanan dalam badan

masak asam melaka

selain dari ikan bakar,ada satu lagi yg familiar kat melaka ni..pun lebih kurang lah dengan ikan bakar...menunye lebih kurang sama je..berasakan masak asam... dari pelbagai jenis ikan dan daging tetel,(daging bercampur lemak) jarang di temui di tempat-tempat lain

antara tempat yg best

1-masak asam hajjah mona(bukan mona pendi e)

 

boleh di katakan antara gerai yg lama bertapak di negeri melaka ni

2-masak asam claypot dan pokok besar



gerai-gerai ni terletak bertentangan antara satu sama lain...malam minggu mmg penuh sampai ke subuh,ada yg dengki menyebarkan cerita yg negatif...pakai mandrem la,rendam spender la...tp yg sebenarnya tu semua kerja kotor nak menjatuhkan perniagaan org..org melayu kan ramai yg ada P.H.D (perasaan hasad dengki)

3-masak asam abg pie "ori"



bagi yg nak rasa pedas sampai telinga berasap leh cuba abg pie pya kedai,lokasi agar terkeluar dari kawasan famous asam pedas kota laksamana,lokasi kedai abg pie ni bertentangan dengan perigi hang li po


 okey tempat semua saya dah tunjukkan,bagi masak asam,bagi saya adalah masakan yg kurang kolestrol kecuali masak asam tetel memang berlemak sangat,elakkan meminum minuman yg berais selepas masak asam tetel ni,sebab ia boleh membuatkan lemak-lemak menbeku dalam badan kita,x elok tu...lagi bagus jangan selalu makan yg berat pada waktu malam...sesekali x pe kan??? kalau korang rajin nak bersenam dan makan suplement lagi lah okey.. hingga berjumpa lagi...Daaa

6 comments:

  1. Lama xmakan ikan bakar...ada org nak belanja tak? Hahaha

    ReplyDelete
  2. Achey nanti bawak kitorang makan tempat best

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..tapi tunggu i pya bonus hujung tahun kuar la :p

      Delete
  3. Klu siang blh try kedai asam pedas 35 kt plaza mahkota..:)

    ReplyDelete
  4. roger..hujung tahun klau free..kita set..

    ReplyDelete