PING

Thursday, 18 September 2014

mainan anak bersepah lagi?



Hari ni hari ke empat cabaran 30 hari blog..tajuk nampak biasa jer... "Tips kemas rumah" ...
saya taklah handal mengemas sangat..lebih-lebih lagi rumah yg mempunyai 4 orang anak yg tengah membesar.. stakat kemas depan,belakang bersepah,kemas belakang depan bersepah terutamanya mainan....

apa nak buat??

 untuk elakkan masalah mainan bersepah ini,saya sediakan satu bilik khas untuk mereka bermain...sebelum tu saya sediakan beberapa buah kotak agar senang mereka masuk dan keluar kan mainanan mereka dan kuatkuasakan undang2 bahawa x boleh bawak mainan keluar dari bilik tersebut dan bagi didikan selepas main,mereka kena kemas semula mainan tu...mula-mula mmg susah gak...tapi sediakan sistem denda dan reward... contoh :- sape tak kemaskan mainan semula,besok tak boleh main dan bilik akan di kunci..kena laksanakan hukuman jika tetap tak kemas...dan reward tak semestinya dalam bentuk hadiah,cukup dengan kata-kata pujian....mereka mesti rasa bagus jer bila dapat pujian dari kita
Untuk penyediaan kotak,tak perlu keluarkan modal yg besar,cari kotak terbuang dan balut semula dengan kertas warna mengikut  kreativiti anda 



 itulah serba sedikit tips untuk mengelakkan rumah bersepah dari mainan anak....
hingga berjumpa lagi....Daaaaa...

2 comments: