PING

Friday, 19 September 2014

beg cari makan!!



Hari kelima cabaran blog dengan tajuk "apa ada dalam beg saya". tajuk ni agak feminin sikit..bila sebut je apa ada dalam beg anda..dalam fikiran dah terlintas handbag...walau pun anda seorang lelaki..huhuhu....samalah saya dengan faaiz saaid x de handbag so saya terus kuarkan beg ajaib saya!!beg mancing...huhuhu
 beg ni sesuai saya bawak spare part bila mancing sungai,lombong atau tasik...senang di galas,untuk mancing laut saya bawak kotak kat sebelah beg tu..lagi macam2 ada dalam tu...



apa ada dalam beg tu??jom kita teropong

  1. joran tarik/"senapang"(boleh jadi panjang pendek) untuk mancing puyu,sepat dan spesis air tawar 
  2. tali benang/tangsi -memang kena ada..takut terbelit dan putus
  3. mata kail pelbagai bentuk dan saiz yg sesuai
  4. pelampung untuk jadi radar sekaligus pengukur kedalaman mata pancing dengan dasar
  5. pisau kecil/parang (untuk tujuan keselamatan)
  6. minyak gamat
  7. handyplast
  8. sebotol air mineral
  9. cap
  10. kain buruk lap tangan
antara benda-benda penting yg wajib ada dalam beg mancing tu...sebab kat lokasi mancing x de kedai jual barang mancing kalau barang x cukup..hahaha..

2 comments: