PING

Tuesday, 16 September 2014

kerang berkulit masak ala-ala rendang

 kerang masak ala2 rendang


 bahan-bahan

 1-kerang sekilo

2-bawang putih 3ulas,bawang merah 3ulas dan cili padi(mengikut citarasa) ditumbuk sekali

3-daun limau purut di hiris dan serai sebatang di titik hancur

4-serbuk rempah rendang adabi

5-santan segera sekotak

6-asam jawa



 Cara penyediaannya :-

tumiskan bawang yang di tumbuk tadi,kemudian masukkan rempah rendang yang telah di bancuh air,kacau hingga terbit minyak kemudian masukkan serai dan daun limau




 kemudian masukkan kerang kedalam kuali dan gaul,ingat!!pastikan kerang di basuh dengan betul2 bersih,







setelah agak-agak rata kemudian masukkan air asam jawa  dan kacau






masukkan santan pula dan kacau sehingga kering



 saya lebih gemar masukkan garam ketika masakan hampir siap...
 Itu je cara saya masak kerang ni..main campak-campak je...selamat mencuba!!!!


No comments:

Post a Comment