Salam...setiap orang mempunyai pengalaman dan kenangan berkaitan dengan kerja... Disini saya ingin berkongsi cerita ttg kenangan kerja yg pernah saya lakukan...(biar saya sentiasa ingat dan tidak lupa diri)...
Bermula dari darjah 3,setiap sabtu dan ahad,musim cuti sekolah adalah hari yg tidak berapa menyeronokkan,kenapa?? Yelah...sebab konfom kena ikut arwah abah pergi ke kampung2 yg ada dlm negeri melaka untuk membeli barang-barang lusuh spt botol kaca,periuk dan logam2 buruk...pagi hinggalah ke tengah hari..sebelah petang abah akan bawa teksi pulak.. Kerja ni sampai lah saya masuk ke sekolah menengah... tapi x pernah pun nangis macam siti nurh*liza..sebab dia dulu pernah jual kuih sebelum jadi artis...susah sangat katanya...hehehe
Bermula sekolah menengah,saya seakan-akan terbiasa untuk mencari duit saku,setiap cuti sekolah sudah pasti saya akan ke restoran rima yg terletak di hentian bas ekspres di kawasan di kenali dengan nama livo hotel (dah x wujud lg) yg agak famous sekitar tahun 80-90an
Masa ni arwah abah dah x berapa sihat dan perniagaan barang-barang lusuh dah x buat lg..bg meringan kan bebannya... saya mengambil upah mmbersih botol kicap untuk di bekalkan ke salah satu kilang di kawasan perindustrian merlimau..ketika di tingkatan 4,abah telah pergi menghadap pencipta buat selamanya...
Masa berlalu,saya menamatkan zaman persekolahan dengan keputusan spm pangkat 1... Kalau abah ada abah mesti bangga... Nak mintak hadiah??x berani ooo...silap-silap kena bahasa "aku dah bg kau makan dah cukup baik" hehe..x kisah pun saya tetap sayang abah..
Sambung balik...lepas tu saya dapat sambung ke itm shah alam dlm pengajian diploma kejuruteraan mekanikal..x sempat habis pun...kena kejutan budaya..terlampau enjoy.. Kantoi masa semester 4...nak balik kampung malu..terus isi borang politeknik...berjaya masuk ke sana..
Masa ni saya berazam membetulkan kesilapan lalu..dan saya kembali semula mmbuat kerja part time....haa kali ni kerja amat berat,tapi gajinya agak lumayan iaitu bekerja memasang atap genting di taman-taman perumahan yg dalam binaan... Cuti semester saya mampu mendapat upah hampir 2k!dan biasiswa langsung x terusik..masa ni 2k kan main besauuu!!
kenangan dan pengalaman yg takkan pernah saya lupakan
Selepas gred,saya memohan pekerjaan sebagai juruteknik di mana saya bekerja hingga ke hari ini, pada feb 2004 saya telah mula bekerja sebagai juruteknik yg tidak mempunyai pengalaman kerja yg berkaitan dengan mekanikal/mekatronik... bulan pertama,rasa macam x leh pergi jauh... masuk bulan ke 2 saya masih x nmpak apa yg perlu saya buat... hingga suatu pagi ada seorang member bagi tahu,seorang senior 'cha ya nun alif' telah menghasut supervisor saya supaya menamatkan tempoh percubaan saya dan cari calon baru untuk gantikan tempat saya tu (bukan nak merasis)...apa lagi..sejuk satu badan...saya minta untuk tukar dari bekerja dalam waktu OH kepada kerja dalam syif... saya bertekad untuk menguasai semua jenis mesin yg ada di kawasan production.. mungkin kerana "push factor" takut kena berhenti saya berjaya mengoperasikan 6 jenis mesin yg berlainan dan mula tahu untuk "trouble shoot" masalah yg berkaitan mesin.. masuk tahun 2007 hingga ke tahun 2012 saya berjaya sebanyak empat kali naik tahap,dan sekarang saya berada dalam level terakahir juruteknik..bersyukur kepada Allah s.w.t...
Dalam masa yang sama,sekarang saya berjinak-jinak menceburi perniagaan MLM Shaklee,dan saya mempunyai cita-cita untuk berjaya dan mencapai ranking MASTER pada tahun 2017!! saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.. dan sekiranya berjaya..saya dah tak perlu untuk bekerja di bawah telunjuk boss!!(kalau boss yg bagus takpe!!ni yg hampehh!!) dan boleh pergi ke mana sahaja yg saya suka serta saya banyak masa untuk mendekatkan diri dengan maha pencipta..amin!!!mudah-mudahan impian saya ini tercapai..
"9 daripada pintu rezeki adalah dengan berniaga"
Bagi sahabat yang ada membaca entri ini,dan rasa ingin menceburi bidang MLM ini boleh terus menghubungi saya di 019-6556061 (achey/nasir)
anda boleh juga klik > cara untuk menjadi ahli dan di sini anda boleh baca serba sedikit info yg dapat membantu anda..
No comments:
Post a Comment