PING

Friday, 31 October 2014

amputasi,kerosakkan saraf dan diabetes

kerosakkan saraf kerana DIABETES??
Biasa penghidap akan hilang deria sakit,sesemut,rasa pijar dan terbakar,adakala mencucuk seperti tercucuk jarum pada jari kaki dan tangan serta lengan,itulah antara simptom-simptom kerosakan saraf.
Yang lagi teruk adalah kerosakkan "saraf senyap" yg langsung tidak mempunyai simptom dan tanda-tanda,lebih berbahaya kepada penghidap diabetes.
sehingga boleh di "amputasi" kebiasaan pada bahagian kaki mengikut paras kerosakkan individu itu. dan risiko bagi yg mempunyai diabetes adalah 22.7 kali lebih besar dari orang biasa.

tips penjagaan kaki

1-sentiasa membuat pemeriksaan kaki secara tetap
2-sentiasa menjaga kebersihan kaki
3-mengambil ubat merendahkan gula dalam darah
4-makanan tambahan yg berguna bagi penghidap diabetes yg dikenali sebagai mecobalamin ia sebenarnya adalah vitamin B12 berfungsi untuk merangsang dan membantu melindungi saraf-saraf,ia amat penting untuk sistem saraf pusat dan periferal

Kebiasaan pesakit yg tidak akan perasan dan merasa sebarang kesakitan,padahal kawasan kaki mereka telah mengalami ulser dan lepuhan di kawasan kaki,yang akhirnya akan membusuk dan merosakkan sel-sel (sel rosak dan mati) yang akhirnya perlu di amputasi


INFO

  ESP shaklee juga amat membantu untuk mengekalkan kadar gula yang rendah dalam badan serta kandungan vitamin B12 Juga terdapat dalam vitamin B compleks shaklee

Monday, 27 October 2014

akhirnya kecundang selepas hampir 6 bulan!

Hari ni nak share cerita pengalaman pertama aku terhempas dan terbanting 360 darjah semasa berkayuh pagi tadi,gara cucuk angin belakang cikguMie Bianchi,bukak sikit sekali ada sorang bapak budak main keluar dari satu kedai kat area pulai,apa lagi emergency break...sekali tertekan brek belakang daa....apa lagi di bantingnye kite...sakit tau...hehehehe...so pengajaran untuk hari ini adalah,kena selalu alert dan berwaspada,dan tingkatkan kecekepan mengendalikan jentera dan bahagian mekanikal kita...teknik-teknik kayuhan,teknik membrek,teknik mendaki,teknik menurun (downhill) semua tu kena amik tahu dan selalu praktis..biar jadi seorang rider yg berilmu...






Hari ini distance kayuhan dalam lingkungan 64km dalam masa 2jam 50 minit..memang cuba buat endurance dalam jarak 40-60km...nak cari stamina...stamina lah sangat...x pernah pun join mana-mana jamboree lagi,hehehe...
 Tapi sebagai bekalan untuk tenaga yg mencukupi,dan mengelakkan kecederaan otot,saya akan minum mealshake + esp + perfomance drink... lebih senang saya panggil 3GEM.. selain dari memberi tenaga ia juga meningkatkan metabolism,lagi tinggi kadar metabolism,lagi banyak lah kalori terbakar,sesuai bagi sesiapa yang nak diet...huhuhu





Oklah,badan pun dah sejuk sket,pasni leh mandi dan rehat jap,leh sapu minyak gamat kat luka.. pukul 2.30 masa untuk kerjaaa!!! kerja petang... jumpa lagi...Daaaaa....

hilangkan sakit kepala dan migrain dengan halia

Bagi sesiapa yang sering mengalami sakit kepala dan migrain,bolehlah mencuba cara tradisional dan semula jadi iaitu dengan menggunakan HALIA.Tak susah pun nak sediakannya,hanya dengan memarut sebuku halia sebesar ibu jari,masuk kedalam air panas dan campur sedikit madu asli bagi menyedapkan rasa air tadi atau dengan mengamalkan  campuran halia kedalam teh dan di minum setiap pagi dapat mengurang dan mencegah sakit kepala.

Di dalam halia wujud bahan yang merupakan anti radang yang boleh menghalang tindakan PROSTAGLANDIN iaitu penghasilan bahan kimia seperti hormon secara semulajadi yang mengaktifkan tindak balas keradangan yang menyebabkan serangan migrain
Bagi mereka yang agak sibuk,anda ada cara untuk mendapatkan khasiat halia ini dengan mengambil peppermint ginger plus dan di campurkan dalam teh sebagai minuman herba anda,lebih segar dan lebih harum.. yang paling penting,khasiatnya dapat membantu anda menjalani gaya hidup yg lebih sihat

  ANTARA KHASIAT LAIN PEPPERMINT GINGER PLUS INI

  1. Membantu dalam proses penghadaman
  2. Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness
  3. Untuk pesakit gastrik ianya membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit
  4. Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kemoterapi (pesakit kebiasaannya akan muntah dan hilang selera makan)
  5. Merangsang pengeluaran peluh agar badan akan terasa cergas dan segar
  6. Membantu menajamkan pemikiran untuk lebih fokus
  7. membantu meringankan dan mencegah mabuk laut/darat

Untuk mendapatkan ginger peppermint ini,anda boleh menghubungi ayau whats app saya di 019-655601  
f/b :achey mohammad nasir
telok mas melaka

atau anda boleh membeli sendiri dengan hanya klik >>DISINI dan anda akan di hubungkan dengan widget khas,amat mudah dan cepat.. Kad debit dan kredit di terima..
terima kasih..jumpa lagi

Sunday, 26 October 2014

petua nak buka penutup sos botol kaca

Nak buka penutup botol pun nak guna petua ke??? hehehe...biasanya penutup botol ni agak ketat masa pertama kali nak buka..bagi orang lelaki,takde masalah nak buka..tapi bagi orang perempuan..mungkin ada masalah sedikit kot,nak nak time adik lelaki,abang ayah atau atok tiada kat umah pada masa tu,berpeluh la gak ketiak nak buka penutup tu...Okey,kat sini saya nak kongsi satu teknik mudah untuk membuka penutup yang ketat tu.. hanya memerlukan 4 langkah mudah

langkah-langkah nak buka penutup

1-baca BISMILLAH
2-tonggengkan botol,muncung menghala ke bawah
3-ketuk buntut botol dengan tapak tangan hingga sos penuhi ruang antara muncung dan penutup botol
4-pusing semula kepada kedudukan asal dan buka!!



Senangkan??x payah nak rendam bagai atau layuh penutup botol tu...silap2 melecur tangan! selamat mencuba!!


Wednesday, 22 October 2014

bagaimana SUPPLEMENT membantu memperbaiki KECEDERAAN OTOT

Kecederaan otot merupakan kerosakan atau perubahan pada ligamen,tendon atau fiber otot yang menyebabkan kesakitan dan kesukaran semasa pergerakan.Kebiasaan kecederaan ini berlaku ketika aktiviti fizikal seperti bersukan,berekreasi dan pekerjaan yang berkaitan dengan anggota badan.
Kalau kita nak huraikan secara teperinci berkenaan kecederaan otot ini memang terlalu luas skopnya..
Tapi kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit berkaitan supplement atau makanan tambahan yang boleh membantu dalam memulihkan kecederaan otot ini..

 APAKAH SUPPLEMENT ITU??

ESP-Kandungan 9 asid amino dan protin di dalamnya membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka,membina dan memejalkan otot badan,ia juga amat bagus sebagai pembekal sumber tenaga bagi mereka yang sememangnya aktif

VITAMIN B COMPLEX - Kebolehan b complex  shaklee yg mudah larut dalam air,menjadikan kadar serapan terhadap badan adalah tinggi dan memberi kesan yang agak cepat.Mengandungi 8 vitamin b membantu dalam kecekapan fungsi saraf,membantu dalam membina DNA dan sel-sel baru dalam badan


OSTEMATRIK - Mengandungi unsur kalsium,magnesium,fosforus,vitamin D,zinc,kuprum,manganes dan boron
  • magnesium -membantu sistem saraf,mengalakkan komposisi tulang dan rawan dan pengecutan saraf dan otot
  • zinc,boron,manganes,kuprum - memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot,menyusun enzim yg di perlukan untuk membaiki tulang,rawan dan artritis
ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
 Membekalkan GLUKOSAMIN iaitu gula amino yang diperlukan untuk pembinaan struktur rawan dan cecair antara tulang yang membekalkan pelinciran bagi membantu pelbagai gerakkan,mobiliti dan flesibiliti. Ini akan membantu menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang panjang

Perkara terakhir yang tidak kurang pentingnya, minum banyak air semasa proses pemulihan. Air membantu anda menyingkirkan bahan-bahan terbuang daripada tubuh.




BERMINAT??

Hubungi saya di 019-6556061
achey mohammad nasir
telok mas melaka

ATAU

Anda boleh membuat pesanan dan belian sendiri dengan hanya klik >> DISINI!
Anda akan terus di hubungkan melalui widget khas shaklee..seterusnya anda boleh membuat belian..
pengunaan kad debit dan kredit di terima.. terima kasih kerana melawat ke blog saya...

Monday, 20 October 2014

NASI GUNTING pasar besar melaka

Selain dari masak asam pedas,ada satu lagi menu masakan yang agak terkenal dan familiar bagi masyarakat setempat di sekitar melaka iaitu nasi gunting HJ AWAL.lokasi adalah tingkat satu di pasar besar melaka bersebelahan dengan stesen pengangkutan bersepadu MELAKA SENTRAL
Nama "nasi gunting" in agak unik sedikit... Ia merupakan perniagaan turun temurun keluarga haji Awal iaitu dari arwah bapanya hj juki..sekitar tahun 80'an lokasi kedai ini adalah bersebelahan kedai-kedai baju di KAMPUNG JAWA (tempat jualan baju yg terkenal pada masa ni) kemudian,ia berpindah ke Pasar besar di Jalan Kilang besebelahan dengan kampung di dalam bandar iaitu Kampung Morten dan berpindah lagi ke lokasi sekarang..  Tempat lain x jumpa oooo...


NASI GUNTING???

Bila sebut je nasi gunting,sudah pasti ada yang membayangkan nasi yang di gunting kan?? Tapi sebenarnya,yang di gunting adalah Lauknya,bukan nasinya...hehehe

Apa yang Istimewa nya nasi gunting ini??

Ia di masak dengan rempah tertentu dan khas di datangkan dari tanah seberang.. Ia adalah rahsia sulit..so hanya waris sahaja yang mengetahui rempah ratus yang di gunakan..Bahan utamanya adalah terdiri dari organ lembu yang segar seperti limpa,paru,usus,perut kitab dan daging...Rasa kuahnya yang sememangnya sedap dan lazat serta aroma yang harum meningkatkan lagi selera makan..




Bagi yang belum pernah mencubanya,saya cadangkan anda merasainya sekali... waktu perniagaan adalah 8.30 pagi hingga petang.. Selalunya x sampai petang pun,habis awal daa....
Rasanya makan ni agak berkolestrol sedikit,tapi x pe...sebelum anda makan seeloknya anda ambil phytocol bagi mengawal kadar kolestrol dalam badan anda,makan,makan juga...walaubagaimana pun kesihatan jangan di abaikan...
Okeylah...semoga berjumpa lagi di lain entri... Daaaa...

Sunday, 19 October 2014

bahaya 'HIDROKUINON' dan 'MERKURI/RAKSA' terhadap kesihatan

Kebiasaan dua bahan ini di gunakan di dalam produk kecantikan kulit agar nampak putih,gebu dan menawan..TETAPI ramai yang tidak tahu..untuk jangka masa yang pendek memang anda mungkin akan berpuas hati dengan produk yang anda gunakan,tanpa anda ketahui kedua bahan ini ada kesan buruk terhadap qualiti kesihatan jika di gunakan secara berterusan

MERKURI/RAKSA

Pada keadaan asal,ia berbentuk cecair pekat,kebiasaan ia di gunakan dalam produk kecantikan untuk mencerahkan wajah,memang ia akan memberi kesan yang pantas,dalam masa yang sama ia juga akan memberikan kesan buruk yang amat menakutkan!
Oleh kerana ia adala jenis logam yang berat,sebenarnya ia beracun dan amat berbahaya untuk kulit,ia menghakis dan boleh menyebabkan kanser kulit,selain itu ia berfungsi mengecutkan noda hitam pada kulit,seolah-olah menghilangkanya,sekiranya anda berhenti memakainya noda hitam tadi akan timbul semula,malahan ianya akan lebih lebar saiznya daripada sebelumnya..Penggunaannya sememangnya akan memberi kesan buruk walaupun pada jumlah yang kecil.Apa yang lagi dahsyat adalah,merkuri ini boleh meresap ke dalam tubuh melalui kulit dan terus ke salur darah,dan ia membuatkan darah bertoksid dan perlahan-lahan ia akan merosakkan saraf otak,ginjal,kanser,alzheimer dan parkinson

HIDROKUINON

Ini pula adalah bahan kimia penghakis dan berbentuk serbuk dalam suhu bilik.Kebiasaan di gunakan sebagai krim pencerah oleh farmasi,tetapi di bawah pengawasan dan kawalan doktor,biasanya doktor akan memberi pilihan sama ada hendak atau tidak menggunakan krim ini.HIDROKUINON ini hanya boleh di gunakan dalam tempoh 6 bulan sahaja,kerana seandainya ia di gunakan secara berterusan,ia akan menyebabkan "rebound phenomenon" iaitu kesan berbalik semakin teruk atau ochronosis.Ia akan menyebabkan lapisan kulit semakin menipis,keradangan dan kanser kulit akan terjadi,Penggunaan dalam jangka yang panjang pula akan memberi impak kepada ginjal,fungsi hati dan leukimia(kanser darah)



Sebagai pengguna yang bijak,pilihlah produk kesihatan selamat,dan yang di luluskan oleh KKM (kementerian kesihatan malaysia) atau BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan)
dan pilihan yang terbaik,gunalah produk yg berasaskan alam semulajadi/organik

Bagi yang tercari-cari produk yang selamat ,boleh dapatkan produk kecantikkan seperti di bawah ini..pasti puas hati..cantik secara semula jadi


019-6556061
achey
telok mas melaka
fb : achey mohammad nasir

Saturday, 18 October 2014

berpantang dengan set shaklee


SET BERPANTANG SHAKLEE

Antara suplemen yg ada set berpantang asas ini adalah
  1. B compleks-Anti stress,membentuk sel darah yg baru,mengalakkan tumbesaran bayi
  2. Zinc- menyembuhkan luka dalam dengan cepat
  3. Vita lea-menambah dan memulih tenaga dengan segera
  4. Vit C- meningkatkan imunisasi badan
*semua faedah dan zat2 suplement ini dapat di salurkan kepada bayi melalui susu badan
 
Dengan penambahan 2 lagi suplemen hebat iaitu Ostematrik dan ESP akan memberikan faedah yang hebat buat ibu-ibu yg baru melahirkan anak..

manfaat set berpantang shaklee

  • Mengembalikan tenaga dan membina sel darah baru dengan cepat
  • penyembuhan luka dalam yang berkesan
  • penghasilan susu badan yg optimum dengan melaksanakan konsep "supply" and "demand"
  • membantu menangani stress
  • sumber protien dan vitamin yg diambil membantu meningkatkan dan menyokong tumbesaran baby serta meningkatkan imunisasi badan ibu dan anak

bagaimana nak dapatkan set berpantang shaklee?

Mudah jer,anda boleh hubungi saya di 019-6556061
mohammad nasir (achey)
fb:achey mohammad nasir

ATAU

hanya clik >> set berpantang asas  untuk set asas dan clik >>set berpantang optimum bagi set lengkap
anda akan du hubungkan dengan widget khas shaklee dan anda boleh membuat pesanan secara online
Kad debit dan kredit di terima
 terima kasih kerana memiih saya sebagai pengedar shaklee anda...
Bagi yg berminat untuk menyertai keluarga besar shaklee kami tengok-tengok lah kat SINI ia dapat memberi anda panduan bagaimana ingin menjadi ahli..


Thursday, 16 October 2014

tanda-tanda majikan tidak memerlukan perkhidmatan pekerja

Selama sepuluh tahun lebih saya bekerja di salah sebuah kilang yang agak ramai pekerja,kemudian di ambil alih oleh syarikat lain... suasana kerja dan budaya kerja berubah sedikit demi sedikit...tenaga kerja pun mungkin lama makin di kurangkan dengan alasan mengoptimumkan keuntungan...tapi di sebalik alasan yang di berikan sebenarnya ia merancang untuk memindahkan operasi ke kilang asal...mana mungkin satu kilang ada 2 di satu negara..dah tak relevan lagi...so strategi yg di gunakan ialah :-

mengurangkan man power dalam satu area

Maksudnya,seadainya satu production floor sebelum ini memerlukan 15 org pekerja,mereka akan kurangkan kepada 12 org,dan beban kerja akan teragih kepada baki pekerja,dan juruteknik sepatutnya 4 orang di kurangkan kepada 2 orang... tugasan di tambah lagi selain dari tugasan yg sedia ada di tinggalkan oleh 2 orang yg telah di tukarkan ke tempat lain

memberi tekanan lebih kepada orang yg hendak di berhentikan

Kebiasaan,mereka yg berpretasi rendah dan sederhana di samping kemahiran yg biasa-biasa,golongan ini akan di calonkan untk di tukarkan ke bahagian lain,dan mereka ini kan selalu di tukar-tukar sehingga individu ini membuat keputusan untuk berhenti dengan sendiri...

Ada banyak lagi cara halus yg mereka cipta..bila sampai waktu yg di tetapkan contohnya nak tutup kilang..meraka tidak perlu untuk membayar pampasan kepada ramai pekerja kerana pada masa itu telah ramai berhenti dengan paksa rela..
Itulah sebenarnya sedang berlaku..


kenapa saya suka tulis BLOG?

tugasan terakhir cabaran 30 hari blog... Secara jujurnya...sejak dari zaman sekolah ni saya memang x suka bab menulis dan baca2 ni..dulu tulisan punyalah teruk...mcm cakar ayam...gaya penulisan lagilah toksah cakap...hancus....nasiblah kat blog kena taip keyboard jer...hahaha

Bila saya mula menulis

 saya mula menulis blog secara harian apabila menyertai cabaran 30 hari blog...saya rasa memang banyak manfaat kerana bila kita hendak menulis sesuatu,kita kna ada ilmu,kadang2 ilmu itu x de pada kita,so kita kena membaca dan meng'google'...dari situlah baru saya sedar betapa hebatnya kuasa membaca,kalau tidak sebelum ni...baca surat khabar pun x sampai 10 minit...baca gambar jer hehehehe....Dengan membaca,kita secara tidak langsung mendapat sesuatu atau ilmu yg baru setiap kali kita  membaca,gaya penulisan dan idea lebih senang tercetus...
Lagi satu,bila kita dapat buat entri yg mungkin dapat memberi tips kepada orang lain,dan dengan harapan,mereka dapat mengaplikasikan apa yg kita tulis dan beri...ia seakan memberi kepuasan dalam diri..

Meluaskan kawasan perkawanan 

Hehe...apabila kita post je entri,pasti ada yg membacanya..tidak mustahil ada yg menyukainya..so kita juga dapat berkenalan di alam maya..berkongsi dan bertukar pendapat...komuniti blogger sememangnya terlalu luas....bagi yg berniaga,peluang yang sebegini harus di pergunakan bagi meluaskan pasaran perusahaan...pasaran yg tiada batas.....


 



Wednesday, 15 October 2014

manfaat dari kayu buangan pembinaan

Cabaran 10 blog FST,hari keenam...hmmm ketandusan idea...tetiba teringat tentang ketukangan dari lebihan kayu buangan semasa renovate rumah..

1.Meja & Kerusi





 Walaupun tak sehalus mana,dengan hanya menggunakan gergaji pahat,tukul dan paku,dapat juga siapkan satu set 2+ 1 kerusi dan meja ngeteh!..masa yang diambil lebih kurang dalam seminggu,kerja bersambung... buat mengikut syif..maklumlah kerja kilang...ada 3 syif,pagi,malam dan petang...kerja ketukangan ni saya buat semasa kerja syif petang saya akan mengambil waktu dalam 2 jam pada sebelah pagi untuk membuat kerja pemotongan dan penyambungan,sekira kerja pagi saya akan menyambung kerja pada waktu petang begitu juga dengan kerja malam,sebaik sampai rumah saya akan meneruskan kerja hingga siap..maka terhasilah meja ni....modal yangg sedikit,agak memberi kepuasan untuk diri

2. Rak kasut

Rak kasut yang agak simple tapi betul-betul jimat,keluar modal paku dan varnis/cat jer..





Hanya menggunakan kayu tulang untuk siling rumah,rangka dan cantum...x sampai 2 jam pun..tapi terlebih dahulu paper work kena ada..baru kerja akan menjadi lancar...
Sama gak macam bisnes MLM shaklee ni..semua mesti ada perancangan berserta target..baru boleh berjaya...jumpa lagi..daaa


parents: anak-anak adalah cermin diri kita

Tajuk yg kedua terakhir cabaran 30 hari blog agak memberi kesan dan peringatan buat diri sendiri.Masa zaman kanak-kanak sering di rotan dan di hukum kerana nakal,rata-rata parents zaman dulu agak tegas dan agak sedikit kasar.."nanti korang dah ada anak sendiri tahulah macam mana" antara ayat yg sering di ucapkan...tapi pada masa zaman sekarang,kita dah x boleh pakai cara hukuman dan herdik lagi macam dulu-dulu lagi..silap-silap diorang akan cabut ikut kawan,zaman ni mereka akan lebih dengar pendapat kawan-kawan(zaman remaja mereka)...cara yang saya terima agak hard core,secara tak langsung cara ini akan membuat kita terbawa-terbawa dalam pergaulan seharian,buktinya,dulu zaman remaja saya di kategorikan dengan karektar yg baran dan kasar,jenis tak takut dan selalu timbulkan masalah..hehehe..ini bukan bermaksudkan salahkan parent..mungkin mereka ada cara mereka tersendiri....
Cuma,apa yang saya nak tekankan adalah,dalam masa yg lebih mencabar ini,kita kena kreatif dan berilmu untuk membimbing anak-anak agar mereka tak terbabas dan terus berjaya dan beriman...adakalanya,terlepas gak,dan terkasar dengan anak-anak...  Azam saya dalam diri,nak menjadi seorang ayah yang berjaya mendidik dan memantau anak agar mereka berjaya dunia akhirat..
caranya?? dengan memberi contoh melalui perbuatan dan percakapan..'kepimpinan melalui tauladan'
semoga saya akan berjaya membuatkan diri saya sentiasa ada masa yang lebih untuk anak-anak semasa meraka sedang membesar... in shaa Allah...

 
 Terima kasih mak, ayah dan mak mertua...kerana melayan saya macam anak sendiri...terima kasih kerana memberi saya peluang  merasa kasih sayang  seorang ayah...hingga ke hari ini... Al fatihah abah! walau abah memang seorang yg bengis,tapi saya tetap sayang ayah..kalau x kerana ayah garang dan tegas..mungkin hidup saya bukan lah seorang juruteknik...mungkin seorang yg menjadi buruan...

Tuesday, 14 October 2014

helah untuk kawal selera makan

Bagi seseorang yang sudah terbiasa makan dalam kuantiti yang banyak,suka makan makanan ringan dan manis,kebiasaanya akan menghadapi kesukaran untuk mengawal nafsu makan.Terutama dalam keadaan mereka yang melakukan kerja yang tidak banyak memerlukan pergerakan,menghadap komputer..sudah pasti dalam fikiran akan sentiasa mereka dan mencari apa yang hendak di kunyah bagi menghilangkan kebosanan dan perasaan mengantuk...
Bagi yang baru atau yang sedang memasuki fasa untuk menurunkan berat badan atau berdiet..sudah pasti akan cuba untuk mengawal dan mengurangkan nafsu makan.. bagaimana caranya??

1.Minum Air Kosong

Kebanyakkan daripada kita,sedar atau tidak,masih lagi tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi,oleh yang demikian,secara selamatnya,sentiasa menyediakan air putih jika terasa lapar.
 Adakala,walaupun kita sudah makan dengan makanan yang cukup,kadang kala kita akan terasa ingin makan lagi,so segeralah kita isi perut kita tu dengan segelas air, In Shaa Allah,rasa nak makn tadi akan hilang..selain tu badan kita sememangnya amat memerlukan air setidak-tidaknya 3liter sehari



2.Makan Dengan Teratur

Cuba wujudkan jadual atau jeda masa makan secara  teratur,biar kerap makan tapi dalam kuantiti yang sedikit,dari jumlah kekerapan makan yang kurang tapi makan makanan yang membukit!
Nak lagi cantik,cuba cari maklumat makanan dan jumlah kalori yang bersesuaian dengan anda.. Google je...kompom ada maklumat yang berguna dalam tu...



3.Motivasi Diri

Sentiasa tetapkan pemikiran dan sentiasa berfikiran positif,Gunakan pendekatan seperti nota kecil,"aku nak kurus" atau "ingat!!! aku kena jaga makan untuk kurus" kemudian tampal di cermin  meja solek,di pintu peti ais dan di meja kerja..

Monday, 13 October 2014

Dari sukan sepaktakraw ke mountain bike

Malam takde apa cerita yg menarik,just nak kongsi cerita pasal aktiviti sukan saya,dari bangku sekolah sukan no 1 satu saya adalah sepaktakraw dan bola sepak.. Pendek kata,satu hari kalau tak bersukan boleh dedau satu badan...sampaikan masuk ke alam pekerjaan dari bujang hingga berkeluarga,aktiviti sukan ni x pernah luntur...selalu jer dapat wakil,dari peringakat DUN,IPT dan hingga ke peringkat industri,kompom dapat wakil punya hehehe(macam berlagak je kan) tapi satu insiden yg x dapat saya lupakan,pada buln feb 2010 saya mendapat kecederaan lutut (ACL) membuatkan saya x dapat lagi bersukan,selama 4 tahun ni asik makan jer..badan pun naik macam belon,hehehe dari berat badan 76kg terus jadi 88kg max masa tu...boroi tuuu





setelah 4 tahun berlalu,bila kaki rasa macam kuat sikit,cuba lah berjinak-jinak semula nak main takraw,mula-mula main takut-takut,tapi bila naik 'sheik' lupa lah diri jadinya,libas gak bola takraw tu...masa sedang dan lepas main x rasa sangat,tapi time tengah malam,dia datang bisa dan berdenyut..terus serik nak main lagi,haaaa...masa ni lah ternampak orang kayuh basikal,timbul lah inspirasi nak berkayuh,tanpa buang masa terus pergi ke kedai basikal,beli moutain bike yg harga 500..rupanya kayuh 5 hari je basikal tu,sebab ada geng nak jual basikal yg lagi ok,tapi mahal sket dari basikal yg mula-mula..memang ada bezalah jika di bandingkan antara dua basikal ni..bermula kayuhan sejauh 13km,pergh kan main mengah lagi...selama sebulan lebih saya berkayuh secara solo,masa bulan ke 2,saya mula terjumpa kawan baru yg mempunyai minat kayuh yang sama..mula join diorang berkayuh secara berkumpulan,basikal diorang lagi power2..tapi layankan jer..bila kayuh berkumpulan ni,jarak kayuhan makin jauh,sehingga saya pernah mencapai jarak 67km!tapi memang seronok,diam tak diam sekarang saya dah menghampiri bulan ke 6 berkayuh,dan berat badan saya makin susut ke 79kg,hampir 7 kg saya dapat turunkan berat badan,selain berkayuh saya ada gak makan suplemen sebagai booster utk turunkan berat badan.. ngantuk lak mata ni..oklah sampai sini sahaja kali ini...hingga jumpa lagi...Daaa

impian hidup saya

hari yg ke 28 cabaran 30 hari blog,hari tentang apa impian saya,seperti manusia lain,sudah pasti saya mempunyai banyak impian dalam diri...saya harap impian ini bukan hanya sekadar mimpi ataupun angan-angan



Menjadi master shaklee

Saya meletakkan impian saya ini selewatnya 31 dis 2017,pada masa ini saya dah tidak perlu untuk bekerja bawah telunjuk orang lain,saya mempunyai masa yg banyak untuk menambah ilmu lebih-lebih lagi ilmu akhirat,serta saya berazam untuk mengambil salah satu rumah anak yatim di negeri melaka ini sebagai "rumah angkat" dan menyalurkan dana ke rumah ini.. Inn Shaa Allah!

Membawa Ibu ke Mekkah

Satu lagi impian saya adalah ke tanah suci bersama ibu dan keluarga...Semoga tercapai impian ini

Melancong

Melancong??memang teringin sangat nak ke luar negara,nak melihat negara benua eropah,ke jepun ,korea dan banyak lagi..nak main ski masa salji turun..mesti best giler..


Sunday, 12 October 2014

Qailulah: memudahkan qiamulail


Pernah tak anda mendengar  perkataan Qailulah ini?

Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.
Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
Di negara Barat,mereka memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.
Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.
Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor

[U]فوائدالقيلولة الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي


syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)



movie yg paling saya suka

tajuk #27 untuk cabaran 30 hari blog ialah movie yg paling saya suka..kebetulan saya dengan wife mempunyai hobi yang sama iaitu menonton wayang....dan citarasa movie saya sama je berdua..antara filem yg saya follow sampai habis setiap sequel ialah

1.Lord Of The Ring




2.Harry potter

 



3.Iron Man





Semua ni dah jadi koleksi...best giler citer ni semua..

zaman kanak-kanak

Bila sebut zaman kanak..x jauh beza dengan kanak-kanak lain pada zaman tu...tapi memang jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak pada hari..dulu-dulu terlalu banyak aktiviti yg menyeronokkan..permainan kampung yg dah pasti lasak dan comot..hehe..catuk ayam(konda-kondi),galah panjang,gasing,naik pelepah kelapa,letup2/bedil,baling tin/selipar,
pergh banyak giler permainan..x pun pergi mancing ikan,kalau musim panas..menggogo ikan...terbaik!!!..balik kompom kena sesah..sebab kotor bolor...huhuhu... 







Time raya lg seronok..nak dapt duit raya..padahal masa tu..average org sedekah dalam 20-50 sen...kan main suke..kalau umah yg bagi singgit..kompom datang lagi besoknya plak..baru leh dapat lebih...hehehe
Rasanya kanak-kanak zaman sekarang ni dah x jumpa lagi dah benda-benda ni semua..nama pun zaman teknologi,so mainan pun dah mesti lah terdiri di jenis hi-tech..

Saturday, 11 October 2014

my loving kids

cabaran #26 berkisar tentang KIDS
Saya di anugerahkan 4 orang cahaya mata,2 perempuan 2 lelaki (kembar)
- NUR ATIQAH HUDA (ALONG) 27 DISEMBER 2006
-NUR ALYA AMANI (NGAH) 03 SEPTEMBER 2008
-HAFIZ ZAKWAN (ABANG) 12 FEBUARI 2010
-HADIF ZAFRAN (ADIK) 12 FEBUARI 2010
-Coming Soon may 2015
Inn Shaa Allah....

Semoga anak-anak saya ini menjadi anak-anak yg soleh dan solehah,menjadi aset yg paling berharga di dunia dan akhirat...amin ya rabbal alamin